Friday 20 April 2012
SahAbaT sEjaTii...chhaiiyyokk !!!...
~~~Cara Mengenali Keaiban Diri kita sendiri ~~~
1)Hampirkan diri pada guru @ orang berilmu yg dapat menyingkapkan sifat2 buruk yg
bersarang dalam hati manusia.
2)Hendaklah mencari rakan karib yang boleh dipercayai, bijaksana dan lebih pengetahuan
agamanya.Teman sebegini akan memerhatikan tingkah laku temannya dan jika terdapat
perbuatan yang tidak elok, dia segera mengingatkannya.
3).Hendaklah berlapang dada apabila menerima teguran atau nasihat orang lain yang
bersangkutan dengan perlakuan atau sifat aib yang terdapat dalam diri seseorang.
4).Hendaklah sentiasa bergaul dengan orang ramai. Lantaran sebarang perkara tercela
yang dilihat pada orang lain akan menimbulkan pertanyaan kepada dirinya - adakah perkara
tersebut ada pada diri aku? Sebab orang Mukmin adalah cermin kepada Mukmin yang lain.
5).Sesungguhnya tabiat dan sifat manusia di alam ini sama sahaja dalam menurut hawa
nafsu. Setiap sifat yang ada pada orang lain, tidak mustahil terdapat juga pada diri sendiri.
Malah mungkin lebih dahsyat daripada itu.
Sebaik-baiknya telitilah diri sendiri dan bersihkan diri daripada mencela orang lain. Ingatlah
, tiada cara yang lebih utama untuk mendidik diri selain mengenal keaiban diri terlebih
dahulu.
Kita cuma insan biasa..punya hati dan perasaan. Moga tarbiah ini mjadikan diri kita semua
lebih tabah..Mari menuju cinta ILAHI..Cinta hakiki, tiada dusta, tiada cela..
Rindu yang sehebat cinta-NYA.~~~ Keberkatan yang paling penting ialah keberkatan dalam
hidup dan keberkatan dalam
waktu kita. Yakinilah, kita diciptakan untuk suatu tugas MAHA penting, dan waktu ialah
MODAL yang penting untuk dapat menunaikan TUGAS tersebut dengan baik ~~~ Amin :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment