Monday 2 December 2013

SEBAGAI PENGAJARAN UTK KITA KONGSI BERSAMA :)

"Aduh...sakitnyer. ..isk.... . aduuh....Bang sakit nye tak tahan saya" keluh Nisa pada suaminya Zakri.

"Apelah awak nie....lama sangat nak bersalin dah berjam-jam dah tak keluar-keluar juga. Penat dah saya tunggu. Nih mesti ader benda yang tak elok awak buat , itu lah sebab lambat keluar budak tu banyak dosa la tu" rungut Zakri pd Nisa.

Nisa hanya diam dan menahan sakit nak beranak, hampir 1 jam Nisa dalam bilik bersalin tapi baby tak keluar juga. Sebak hati Nisa bila Zakri berkata begitu. Sejak mengandung ada sahaja yang tidak kena di hati Zakri terhadapnya. Seakan-akan membenci Nisa dan anak yang dikandungnya. Jururawat datang memeriksa dan kemudian bergegas memanggil Doktor Johari. Doktor Johari (Doktor Peribadi) datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut kelahiran.

Nisa hanya mendiamkan diri menahan sakit dan air mata meleleh panas di pipi bukan disebabkan takut atau sakit tapi rungutan Zakri tadi. Doktor Johari menyuruh Nisa meneran ...."Come on Nisa u can do it...once more...." Kata ransang Doktor Johari itu membuatkan Nisa bertenaga dan sekali teran sahaja kepala baby sudah keluar..."Good mummy" kata Doktor Johari selepas menyambut baby yang keluar itu.

Tiba-tiba Nisa terasa sakit lagi dan Nisa meneran untuk kali kedua dan keluar seorang lagi baby, kembar rupanya. "Nisa u got twin, boy and girl, putih macam mummy dia" kata Doktor Johari memuji Nisa. "Tahniah Zakri,it's a twin" Doktor Johari mengucapkan tahniah kepada Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya, kembar pulak. Memang Doktor Johari itu menyuruhnya melihat bagaimana keadaan kelahiran anaknya. Baby boy dan girl Nisa namakan Mohammad Danial dan Nur Dania.Nisa berasa lega... tapi Nisa masih lagi teringat kata-kata Zakri padanya sebentar tadi. Terlalu banyak kata-kata yang membuat Nisa selalu kecil hati . Tapi Nisa tahankan sahaja. Nisa tahu kalau Nisa mengadu pada emak, Nisa akan dimarahi semula. Jadi Nisa hanya diam dan memendam rasa.

Danial dan Dania diletakkan di nursery di Hospital itu sementara menanti Nisa berehat kemudian dapatlah Nisa menyusukan Danial dan Dania. Comel sungguh kembar Nisa. Nisa termenung dan otak fikirannya menerbang kembali detik-detik semasa Nisa mengandungkan kandungannya, Zakri selalu memarahi Nisa, ada sahaja yang tidak kena. Kata Nisa yang bukan-bukan, gila, ada sahaja tuduhan yang tidak masuk akal semuanya dihamburkan pada Nisa. Tak sanggup Nisa hadapi semua itu tapi demi kandungannya, Nisa kuatkan semangat dan pendirian Nisa.

Ingat lagi waktu Nisa mula mengandung Zakri tak percaya Nisa mengandung anak dia, dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal samada Nisa mengandung.Zakri ragu anak dalam kandungan Nisa. Dia tak boleh terima baru tiga bulan kahwin dah mengandung.. .Nisa dah 2 bulan...Nisa cuma kosong selama sebulan selepas berkahwin. Nisa tak tau nak cakap apa.

Nisa balik rumah dalam kesedihan. Pada mulanya Nisa gembira bila mengandung tapi sebaliknya pula yg terjadi. Perasaan hati Nisa bangga Nisa dapat memberi zuriat kepada Zakri. Tapi apa yang Nisa dapat hanyalah tuduhan yang tak pernah terlintas di otak jemala Nisa. "Kenapa abang berlainan sekarang ni, tak macam dulu pelembut, suka berjenaka, ni tak asyik nak cari salah Nisa sahaja. Nape Bang?"soal Nisa pada Zakri . "Kaulah penyebabnya. Tak yah nak tunjuk baik plak" Zakri menempelak Nisa "Jantan mana yang kau layan kat opis kau tu" sergah Zakri lagi. "Abg syak Nisa ngan lelaki lain ke? Kenapa Abg syak yg bukan-bukan, Nisakan isteri Abang yang sah tak kanNisa nak buat jahat ngan orang lain pulak Bang"? terang Nisa pada Zakri. "ALLAH dah bagi kita rezeki awal,tak baik cakap cam tu. Itu semua kehendak ALLAH"

Nisa senyum dan menghampiri sambil memeluk badan suaminya tetapi Zakri meleraikan pelukan Nisa dengan kasar sehingga Nisa hampir tersungkur. Nisa menangis dan sedih. Zakri buat tak tahu sahaja. Deraian airmata Nisa semakin laju. Nisa hanya mampu menangis. Terasa dada .Nisa sakit menahan semua tohmahan dari Zakri, suaminya yang sah. "Woi, benda-benda tu bole terjadilah Nisa, kawan baik ngan bini sendiri, suami sendiri, bapak ngan anak, hah emak ngan menantu pun bole jadi tau apatah lagi macam kau nie, tau tak. Tu dulu kawan kau lama tu yang satu opis ngan kau tu, Farid, bukan main baik lagi budak tu" marah Zakri. "Entah-entah keturunan kau, darah daging kau pun tak senonoh.... heee teruk. Nasib aku la dapat bini cam engkau ni"kutuk Zakri lagi pada Nisa.

"Bawa mengucap Bang, jangan tuduh saya yang bukan-bukan saya bukan perempuan tak tentu arah walaupun saya menumpang keluarga ni , saya bukan jenis macam tu saya tau akan halal haram, hukum hakam agama. "Walaupun saya tak tau asal usul keluarga kandung saya, saya bersyukur dan berterima kasih pada emak kerana jaga saya dari kecil dah macam darah daging saya sendiri" kata Nisa pada Zakri. "Tapi Abang tak boleh hina keluarga kandung saya walaupun saya tak pernah tengok muka ayah dan mak kandung saya. Mereka lahirkan saya kedunia,"ucap Nisa sambil menangis.

Semenjak kejadian itu Nisa terpaksa mengikut Zakri ke tempat kerjanya apabila habis waktu kerja. Nisa berehat di Surau tempat Zakri bekerja. Zakri bekerja di salah sebuah Pusat membeli belah dan kerjanya mengikut shif.Kalau Zakri shif malam terpaksalah Nisa menunggu Zakri sehingga pukul 10.30 malam - 11.30 malam sehingga habis Pusat membeli belah itu tamat waktu perniagaannya. Nisa terpaksa berbohong pada emak dan keluarga lain dengan mengatakan Nisa buat overtime di pejabat. Nisa terpaksa berbuat demikian kerana tidak mahu dikata-kata dan dituduh lagi. Dengan keadaan perut semakin membesar Nisa gagahkan juga. Tetapi kadangkala Zakri tidak menjemput Nisa di tempat kerja terpaksalah Nisa menaiki bas.

Begitulah Nisa sehinggalah Nisa hampir pada waktu bersalin Nisa. Kalau diminta jemput...macam- macam kata kesat dilemparkan pada Nisa, perempuan tak tau berdikarilah, berlagak senang lah, lagak kaya lah. Pernah suatu hari Nisa naik marah kerana Zakri jemput Nisa lambat sampai sakit pinggang Nisa menunggunya. Nisa menangis. Zakri tiba-tiba naik angin dan cakap perangai Nisa macam firaun la, perempuan tak sedar dirilah, tak layak jadi isterilah, menyusahkan macam-macam kata nista dilemparkan pada Nisa.

Nisa tambah sedih mengenangkan diri Nisa, ngadu kat emak takut dimarahi pula...bila Nisa balik ke rumah, mereka berdua akan berlakon yang mereka tidak bergaduh...Nisa sedaya upaya tidak mahu menunjukkan yang masalah melanda perkahwinannya. Kasihan Nisa...dalam keadaan yang begitu Nisa masih mampu bertahan, masih kuat lagi emosinya. Satu hari Zakri dalam keadaan marah telah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa ke dinding...Nisa hanya mampu menangis dan menanggung kesakitan gara-gara Nisa nak pergi ke rumah Mak Usu Nisa yang ingin mengahwinkan anaknya di Tanjung Karang. Emak Nisa dah seminggu pergi ke sana untuk menolong. Hari dah mula petang jadi Nisa mendesak agar bertolak cepat kerana kalau hari malam nanti bahaya , "Kita nak jalan jauh ni Bang. Biarlah kita pergi awal sikit bolehlah tolong apa yang patut. Masa nilah kita nak membalas pertolongan mereka, ingat tak masa kita kahwin mereka bekerja keras kan "kata Nisa pada Zakri.

Zakri ketika itu sedang berehat menonton. "Bang dengar tak ni, lagi pun hari dah mula gelap,takut plak hujan nanti"desak Nisa lagi. Tiba-tiba Zakri bangun dan mukanya bengis memandang Nisa "Kau tahu aku penatkan, tak boleh tunggu ker,suka hati aku lah nak pegi malam ke siang ke tak pergi langsung ker"marah Zakri. "Itu Nisa tau, Abang dah berehat dari pagi tadi Bang masih penat lagi, Nisa cuma nak ingatkan Abang aja"Nisa memberitahu Zakri. Zakri datang pada Nisa dan direntapnya rambut Nisa dan di hantukkannya kepala Nisa kedinding.

Nisa tak dapat buat apa. YA ALLAH sanggup Zakri berbuat demikian...terasa kebas kepala Nisa dan mula membengkak. Pening kepala Nisa dibuatnya. "YA ALLAH kau kuatkan iman aku YA ALLAH, lindungilah aku dan kandungan aku dari bahaya YA ALLAH" doa Nisa dalam hatinya. Nisa memencilkan diri Nisa disudut dinding dan menangis.Zakri kemudian duduk diam. Nisa rasa kepala Nisa macam nak pecah. Kebas masih lagi dan membengkak.. .berdenyut2. .."Bang, Nisa minta maaf jika Nisa membuat Abang marah" Nisa memohon maaf pada Zakri sambil teresak-esak.

Treet,Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Sapa plak nie sibuk je....."Rungut Zakri yang tengah sibuk berborak dengan kawan-kawan di salah sebuah caf?. "Hoi, Encik Zakri, bini ko kat wad tak gi jengok ke, apa punya laki ko nie? sindir Azlan, kawan pejabat Zakri. "Alah, dia sihat je kat wad tu, makan tanggung berak cangkung, ha,ha,ha"gelak Zakri dan kawan-kawan lain. Azlan cuma berdiam diri. "Senangnya hidup Zakri nie tak ader risau langsung pasal bini dia"cetus hati Azlan. "Akulah kalau bini aku masuk wad bersalin aku sentiasa dok sebelah dia tau...mereka perlukan kita masa tu...nyawa mereka dihujung tanduk semata-mata nak melahirkan zuriat yang dari darah daging engkau tau, cuba fikir sikit" Azlan mengingatkan Zakri.

"Iyelah, Lan, lagipun Nisa dah bersalin, selamat dah, sekarang tengah berehat laaa, apa aku nak risau lagi" jawab Zakri selamba. "Suka hati kau lah, tapi kalau ader apa-apa nanti kau jangan menyesal Zakri, sesal tak sudah nanti" kata Azlan lagi. Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Hello Zakri speaking" jawab Zakri. "Hello Zakri, Doktor Johari sini, ade masalahlah Zakri, pasal Nisa, datang segera ke hospital ye Zakri, Nisa tidak sedarkan diri........ ."panggilan kecemasan dari Doktor Johari "Iye ke, teruk ke dia Johari , okay I datang"...tuttttttt . Zakri menamatkan perbualannya dengan Doktor Johari. "Lan. Kau ikut aku, Nisa tak sedar diri ..."ajak Zakri pada Lan. "Hah, tadi kau kata bini kau sihat"tanya Lan pada Zakri. "Alah jom ler cepat" desak Zakri.

"Zakri, kami tak dapat selamatkan Nisa, Nisa mengalami pendarahan otak yang serius, sebelum nie pernah tak Nisa jatuh atau...terhantuk kuat cause sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda lebam. Mungkin kesan dah lama? tanya Doktor Johari dengan serius dan ingin penjelasan Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri. Automatik otak Zakri teringat yang dia pernah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa kedinding sekuatnya... dan selepas kejadian itu Zakri tidak pernah pun membawa Nisa ke Klinik untuk membuat pemeriksaan kepalanya dan semenjak kejadian itu Nisa sering sakit kepala yang teruk ...tapi Zakri tidak pernah mengendahkan kesakitan Nisa....baginya Nisa mengada-ngada ..saja buat sakit untuk minta simpati...tetapi sebaliknya.. ...Zakri hanya diam....

"YA ALLAH apa aku dah buat" rasa bersalah membuat dirinya rasa menggigil... "Doktor Zainal yang merawat Nisa kerana Nisa mengadu sakit kepala sewaktu Nisa memberi susu pada kembarnya di Nursery, sakit yang amat sangat katanya so Doktor Zainal membawa Nisa ke Lab untuk membuat scanning di kepalanya dan confirm otaknya ada darah beku tapi malangnya ia sudah ditahap yang kritikal, kami tak mampu lakukan apa-apa kerana Nisa tidak mahu di operation sebelum meminta izin dari kau Zakri, Nisa telah pergi dulu dengan tenang.Permintaan terakhir Nisa, Nisa minta kau membaca diarinya. I'm really sorry Zakri. ALLAH berkuasa Zakri kita tak dapat menghalangnya" kata Doktor Johari lalu memberikan Zakri sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain lampin baby yang masih baru.

Zakri mengambil diari itu dan membuka setiap lembaran diari Nisa, setiap lembaran tertulis rapi tulisan Nisa dan peristiwa yang berlaku pada Nisa pada setiap hari , Zakri membacanya sepintas dan nyata keluhan,kesakitan segala luahan rasa Nisa semuanya tertera di diarinya. Dan Zakri dapati setiap peristiwa itu semuanya perlakuan buruk Zakri terhadap Nisa..."YA ALLAH kenapa aku buat Nisa begini" terdetik hati Zakri selepas membaca tiap lembaran diari Nisa. Dan terpandang oleh Zakri mukasurat akhir lembaran diari yang ditanda dengan bunga ros merah yang telah kering....membuat Zakri tertarik untuk membacanya.. .

Untuk suami Nisa yang tersayang, I LOVE U Bang... "SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG PERTAMA"

Assalamualaikum.

Abang,

Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang berikan pada Nisa sewaktu mula mengenali Abang. Lama Nisa simpan bunga tu Bang...Bunga inilah lambang bermulanya perkenalan Nisa dengan Abang. Nisa benar-benar menyayangi Abang. Nisa menyimpan setiap hadiah yang abang bagi pada Nisa. Abang tak pernah tahu kan ... Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya Nisa.. Terlebih dahulu Nisa ingin sangat dengar Abang panggil Nisa AYANG seperti kita baru kahwin...Abang panggil Nisa AYANG...terasa diri dimanja bila Abang panggil Nisa cam tu...walaupun Nisa dapat merasa panggilan AYANG itu seketika sahaja.

Abang dah banyak berubah. Perkataan AYANG telah hilang dan tidak kedengaran untuk Nisa lagi. Kenapa? Bencikah Abang pada Nisa? Abang...mukasurat nie khas utk Abang. Bacalah semoga Abang tahu sayangnya Nisa pada Abang. Abang ingatkan hari nie hari ulangtahun perkahwinan kita yang pertama dan Nisa hadiahkan Abang....... Danial dan Dania. Untuk Nisa tak perlulah Abang bagi kerana tak ada apa yang Nisa inginkan melainkan kasih sayang Abang pada Nisa. Nisa akan pergi mencari ketenangan dan kedamaian untuk diri Nisa. Nisa pergi untuk menemui NYA.

Nisa harap Abang akan menjaga Danial dan Dania dengan baik dan jangan sekali-kali sakiti mereka. Danial dan Dania tak tahu apa-apa. Itulah hadiah paling berharga dari diri Nisa dan mereka adalah darah daging Abang. Jangan seksa mereka. Abang boleh seksa Nisa tapi bukan mereka. Sayangilah mereka...Nisa ingin mengatakan bahawa Nisa tak ada hubungan dengan sesiapa melainkan Abang sahaja di hati Nisa. Jiwa dan raga Nisa hanya untuk Abang seorang. Terima kasih kerana Abang sudi mengahwini Nisa walaupun Nisa in cuma menumpang kasih disebuah keluarga yang menjaga Nisa dari kecil hinggalah Nisa bertemu dengan Abang dan berkahwin.

Nisa harap Abang tidak akan mensia-siakan kembar kita dan Nisa tidak mahu mereka mengikut jejak kehidupan Nisa yang malang kerana menumpang kasih dari keluarga yang bukan dari darah daging nisa....tapi Nisa bersyukur kerana dapat mengecapi kasih sayang sepenuhnya dari keluarga ini. Nisa harap sangat Abang akan sentiasa memberitahu pada kembar kita yang Nisa ibunya akan sentiasa bersama disamping kembar kita, walau pun Nisa tak dapat membelai dan hanya seketika sahaja dapat mengenyangkan kembar kita dengan air susu Nisa.

Berjanji pada Nisa dan ingat DANIAL dan DANIA adalah darah daging abang...Ampunkan Nisa dan halalkan segala makan minum Nisa selama setahun kita bersama. Sekiranya Abang tidak sudi menerima Danial dan Dania berilah pada emak Nisa supaya emak menjaga kembar kita dan segala perbelanjaan Nisa dah buat nama emak untuk KWSP Nisa. Biarlah emak menjaga kembar kita sekurang-kurang terubat juga rindu emak sekeluarga pada Nisa nanti bila memandang kembar kita. Comel anak kita bang..Dania mengikut raut muka Abang...sejuk kata orang dan Nisa yakin mesti Danial akan mengikut iras raut wajah Nisa...Ibunya. ..sejuk perut Nisa mengandungkan mereka. Inilah peninggalan Nisa untuk Abang. Semoga Abang masih sudi menyayangi dan mengingati walaupun Nisa sudah tiada disisi Abang dan kembar kita.

Wassalam.
Salam terakhir dari Nisa Untuk Abang dan semua.
Doakan Nisa.

Ikhlas dari

Nur Nisa

"Sabarlah Zakri, ALLAH maha berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masih ada Danial dan Dania" pujuk Azlan. Zakri hanya tunduk membisu. YA ALLAH,Nisa maafkan Abg Nisa. Zakri longlai dan diari ditangannya terlepas, sekeping gambar dihari pernikahan antara Zakri dan Nisa jatuh dikakinya dan Zakri mengambilnya. Belakang gambar itu tertulis "HARI YANG PALING GEMBIRA DAN BAHAGIA BUAT NISA DAN SEKELUARGA. NISA DISAMPING SUAMI TERCINTA SELEPAS DIIJABKABULKAN. SEMOGA KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN AKAN MENYELUBUNGI DIRI NISA DAN KELUARGA NISA HINGGA KEAKHIR HAYAT NISA."

Zakri terjelepuk dilantai dan berjuta penyesalan merangkumi seluruh tubuhnya. Zakri seakan orang hilang akal. Satu demi satu setiap perlakuannya terhadap isterinya Nisa seperti terakam dalam kotak otaknya...setiap perbuatannya. ..seperti wayang jelas terpampang.. . kenapalah sampai begini jadinya...kejamnya aku...Nisa, Nisa, Nisa maafkan Abang Nisa. Sewaktu jenazah Nisa tiba dirumah suasana amat memilukan. Zakri tidak terdaya untuk melihat keluarga Nisa yang begitu sedih atas pemergian Nisa. Namun emak Nisa begitu tabah dan redha. Danial dan Dania sentiasa di dalam pangkuan neneknya.

Saat akhir untuk melihat Jenazah Nisa, Zakri lihat muka Nisa tenang bersih dan Zakri kucup dahi Nisa buat kali terakhir seakan-akan lirik mata Nisa mengikuti wajah Zakri. "Nisa Abang minta ampun dan maaf" bisik Zakri perlahan pada telinga Nisa sambil menangis dengan berjuta penyesalan menimpa-nimpa dirinya. Apabila Zakri meletakkan kembar disisi ibunya mereka diam dari tangisan dan tangan dari bedungan terkeluar seolah-olah mengusapi pipi ibu mereka buat kali terakhir dan terlihat oleh Zakri ada titisan airmata bergenang di tepi mata Nisa. Meleleh perlahan-lahan bila kembar itu diangkat oleh Zakri. Kembar menangis semula setelah diangkat oleh Zakri dan diberikan kepada neneknya.

Jenazah Nisa dibawa ke pusara dan ramai yang mengiringinya termasuklah kembar bersama. Walaupun kembar tidak tahu apa-apa tapi biarlah kembar mengiringi pemergian Nisa, Ibu mereka yang melahirkan mereka. Amat sedih ketika itu.. Zakri tidak mampu berkata apa-apa melainkan menangisi pemergian Nisa yang selama ini merana atas perbuatannya. Dan akhirnya Jenazah Nisa selamat dikebumikan. Satu persatu orang ramai meninggalkan kawasan pusara dan akhirnya tinggallah Zakri keseorangan di pusara Nisa yang merah tanahnya...meratapi pilu, berderai airmata dengan jutaan penyesalan ...

"YA ALLAH , kuatkan hambamu ini YA ALLAH. Hanya KAU sahaja yang mengetahui dosa aku pada Nisa....ampunkan aku YA ALLAH...."akhirnya Zakri terlelap disisi pusara Nisa bermimpikan oleh Zakri,Nisa datang mencium tangan, mengucup dahi dan memeluk Zakri dengan lembut mulus. Zakri melihat Nisa tenang dan jelas kegembiraan terpancar dimuka Nisa Putih bersih. "Nisa, Nisa, Nisa nak kemana Nisa, Nisa, Nisaaaaaa. "Zakri terjaga dari lenanya. Terngiang-ngiang suara kembar menangis. "YA ALLAH ,Zakri,Zakri bangun Zakri...dan hampir senja ni, mari kita balik, kenapa kau tidur kat sini Zakri?" tegur abang long , abang ipar Zakri.

Dari jauh Zakri lihat emak dan kakak ipar mengendung kembar. Mereka menangis. Zakri berlari menuju ke arah kembarnya dan mengusap-usap ubun-ubun anak kembar dan secara automatik kembarnya diam dari menangis. "Danial, Dania anak ayah, ayah akan menjagamu nak...kaulah penyambung zuriat, darah daging ayah"... emak, abang dan kakak ipar Zakri tersedu hiba dan mereka berlalu lemah meninggalkan pusara nisa...

Saturday 13 July 2013

TUDUNG LABUH..renung2kan selamat beramal...


by ABU NAFIS
ustzh Fatimah
Pengalaman menarik ustazah Fatimah Syarha menerusi kolum Remaja Majalah Solusi:
“Akak, kenapa akak pakai tudung labuh?” Soalan ini sudah banyak kali dilontarkan oleh remaja kepadaku. Adik bongsuku, Asiah Yusra yang sedang mekar meniti usia remaja, turut bertanya. Melihat wajahnya yang saling tidak tumpah dengan iras wajahku, aku terasa bagaikan sedang melihat diriku sendiri. Aku pernah remaja dan terpesona melihat kakak sulung bertudung labuh. Kufahami, remaja bertanya kerana mereka sedang tercari-cari identiti diri.
Kali pertama aku memilihnya sebagai imej diri ketika usiaku remaja. Saat itu, aku bertudung labuh kerana keindahannya menghiasi wanita-wanita berakhlak mulia yang kukenali. Ibuku, kakakku, kakak-kakak naqibahku, ustazah-ustazahku semuanya bertudung labuh. Hingga aku mensinonimkan tudung labuh itu dengan keindahan, keperibadian dan kebaikan. Walaupun aku turut mengenali teman-teman bertudung labuh yang akhlaknya bermasalah namun aku masih menemui keindahan jiwanya, ingin menjadi lebih baik. Hari ini, aku memilih tudung labuh kerana aku yakin ia lebih istimewa pada pandangan-Nya.
Ketika remaja, aku hampir tidak sedar banyak pertanyaan yang terpendam. Mungkin saat itu aku tidak tahu apa yang aku perlu tahu. Hinggalah persoalanku terjawab satu demi satu. Hikmah bicara kakak-kakak naqibahku menerangkan pelbagai soalan yang kutagihkan pengertian. Yang paling kuingati, Kak Siti Aisyah Mohd Nor (kini merupakan bidadari kepada seorang tokoh agama terkenal). Jasa kalian selamanya harum dalam ingatan.
Yang Tertutup Itu Indah
Ketika kubertanya tentang tudung labuh, mudah jawapan yang pernah kuterima, “Yang tertutup itu indah!” Jawapan yang membawaku mengkaji surah al-Ahzab ayat 59, maksud dan tafsirannya.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Wahai Nabi, katakan kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang mukmin, ‘hendaklah mereka melabuhkan jilbab ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali sebagai wanita baik agar mereka tidak diganggu.’”
Ya, sedangkan buku yang kita sayangi, kita sampulkan seindahnya. Inikan pula bentuk tubuh wanita, takkan tiada sampulnya? Kuperhatikan kulit bukuku yang bersampul lebih terjaga berbanding kulit bukuku yang tidak bersampul. Kuperhatikan langsir yang cantik menghias pintu dan tingkap. Kuperhatikan kain yang mengalas meja dan perabot. Benar, yang tertutup itu indah! Begitu juga cara Allah menghargai keindahan wanita dengan menggariskan perbatasan aurat. Agar keindahan itu hanya dinikmati oleh insan yang berhak. Bukannya diratah-ratah oleh pandangan yang sakit.
Istimewa Bertudung Labuh
Di sini, aku tidak mahu berbicara panjang tentang kewajipan menutup aurat. Apa yang ingin kukongsi di sini adalah tentang beberapa peristiwa dalam hidupku yang membuatkan aku berasa tudung labuh itu benar-benar istimewa. Allah banyak kali menyelamatkan dan memudahkan urusanku dengan asbab tudung labuh.
Dikejar Tebuan Tanah
Dalam satu program motivasi remaja, aku menyertainya sebagai salah seorang fasilitator. Antara aktiviti yang dilakukan ialah jungle trekking. Aku mengetuai barisan remaja puteri yang siap sedia memasuki hutan. Taklimat dan doa dimulakan.
Menderap ke tengah belantara, tiba-tiba peserta puteri paling depan terlanggar sarang tebuan tanah. Tebuan tanah berterbangan garang. Sedia menyerang. Peserta itu menjerit kesakitan kerana disengat. Peserta di belakangnya turut menjerit ketakutan. Aku yang turut berada di barisan depan ketika itu melaungkan takbir. Lantas mengarahkan peserta yang lain berundur. Mereka bertempiaran lari.
Sementara aku tetap bertahan di situ. Kututup sebahagian wajahku dengan tudung labuhku. Tangan turut kusembunyikan di bawah tudung labuh. Kulindungi beberapa peserta yang terkepung dengan tudung labuhku agar tidak disengat lagi. Segera kubawa mereka berundur. Ajaibnya, seekor tebuan pun tidak berjaya menyengatku. Subhanallah! Maha Suci Engkau yang menyelamatkan aku dengan secebis kain buruk ini.
Terlindung daripada Mata Mat Rempit
Suatu hari, aku ingin pulang ke kampusku di UIA setelah bercuti pertengahan semester di kampung halaman. Seperti biasa, aku membeli tiket bas dan berusaha mencari bas yang mempunyai tempat duduk seorang. Request. Ini penting bagi mengelakkan aku terpaksa bermalam di dalam bas dengan bertemankan seorang lelaki asing di sebelah.
Akhirnya kumembeli tiket dengan sebuah syarikat bas yang belum pernah kunaiki . Sebelum menaiki bas, aku berpesan kepada pemandu kedua agar menurunkan aku di Greenwood. Semua mata terlena melepaskan kelelahan hidup dengan mengembara ke alam mimpi yang seketika. Kedengaran sayup-sayup suara pemandu bas mengejutkan aku dari tidurku. Lantas aku terjaga separuh sedar. Ketika itu, aku duduk di kerusi seorang paling depan, tidak jauh dari pemandu.
Jam baru menunjukkan pukul 4.30 pagi. Badanku amat penat dan urat kepala terasa merenyuk. Aku bangkit dari kerusiku dalam keadaan mamai menuruni bas. Ketika berada di luar bas, aku masih sangat mengantuk. Terasa secepat kilat bas meninggalkanku.
Ya Allah! Aku terkejut kerana hanya aku seorang yang menuruni bas. Lagipun, tempat bas itu memberhentikan aku bukannya tempat perhentian bas di Greenwood seperti kebiasaan. Aku langsung tidak mengenali tempat itu. Tiada peluang untukku bertanya atau membatalkan saja tempat perhentian itu. Nyata aku sudah terlewat. Asap bas pun sudah tidak kelihatan.
Aku berada di sebuah perhentian bas. Jalan raya di hadapannya lurus. Lengang. Sunyi. Kawasan sekitarnya adalah kawasan perumahan yang sedang bergelap. Jalur-jalur cahaya hanya sedikit. Kupandang ke belakang dan mendapati tidak jauh dari situ terdapat sebuah masjid. Namun, ia kelihatan gelap. Sunyi. Kelihatan seekor anjing berwarna hitam, besar dan garang sedang berlegar-legar di luar pagar masjid. Ya Allah, pada-Mu aku bertawakal.
Aku segera menelefon kenalan rapatku, Puan Norliza Mohd Nordin untuk mengambilku. Pada masa yang sama, mataku melilau mencari kayu atau besi yang akan kugunakan sebagai senjata seandainya anjing itu mendekatiku.
“Di mana?” Tanya Puan Norliza. Susah-payah aku cuba menerangkan lokasi yang asing itu. Tambahan pula, aku tidak dapat melihat papan tanda yang menunjukkan nama masjid. Kehadiran anjing itu membuatkan aku tidak berani menghampiri masjid. Sukar Puan Norliza mentafsirkan lokasi aku berada.
Tiba-tiba, sekumpulan samseng jalanan dengan pelbagai aksi motosikal yang berbahaya berhenti beramai-ramai di seberang jalan tempatku berada. Bagaikan ada mesyuarat penting di situ. Aku tiada tempat bersembunyi. Apa yang mampu kulakukan adalah tetap berdiri di tempatku dan membaca segala ayat al-Quran yang pernah kuhafal. Tawakalku memanjat langit dunia. Kebetulan, aku berjubah hitam dan bertudung labuh warna hitam. Aku menggunakan kesempatan itu untuk menyembunyikan diriku di balik warna malam. Cebisan kain turut kututup pada wajahku yang berkulit cerah.
Saat yang amat mendebarkan dalam hidupku, kelihatan anjing yang garang sedang berlari ke arahku. Kupujuk hati, anjing itu akan baik padaku kerana ia tidak menyalak. Samseng jalanan pula seakan sedang memandang-mandang ke arah lokasiku. Ketika itu, aku mengucapkan dua kalimah syahadah berkali-kali. Aku siapkan emosi untuk berjihad mempertahankan diri. Biar nyawa jadi taruhan, menyerah tidak sekali!
Allah menjadi saksi. Aku bagaikan tidak percaya apabila melihat anjing itu sekadar melintasiku seolah-olah langsung tidak melihatku di balik kegelapan. Walau bagaimanapun, aku masih resah melihat samseng jalanan asyik memandang ke arahku. Aku bertambah risau membayangkan Puan Norliza mungkin tidak dapat mengagak lokasiku itu kerana dia asyik menelefonku. Tiba-tiba samseng jalanan itu beredar. Bunyi ekzos mengaum pergi, pelbagai aksi. Mereka seakan-akan memandang dengan pandangan yang kosong sahaja ke arahku sebentar tadi. Puan Norliza pula sampai, menambahkan syukurku. Hatiku yakin, Allah telah menyelamatkanku di balik tudung labuh berwarna gelap itu. Alhamdulillah!
tudung-labuhMenyelamatkan Beg Tanganku daripada Ragut
Seorang temanku dari Brunei sudah beberapa hari tidak datang ke kelas sarjana. Aku risaukan keadaannya. Apabila dia datang kembali, aku segera bertanya. Dia menunjukkan pipinya yang calar sambil bercerita dengan juraian air mata.
Dua orang pemuda yang menunggang laju meragut beg tangannya. Dia ikut terseret. Ketika itu pula dia sedang mengandung dua bulan. Hampir-hampir keguguran. Kedua-dua lututnya terluka. Pipi dan tangannya tercalar. Berdarah.
Aku sedih mendengar ceritanya. Dia memegang hujung tudungku sambil menyimpulkan, “Jika akak pakai tudung labuh macam ni, tentu diorang tak nampak beg tangan akak.” Kata-kata itu membuatkanku benar-benar berfikir jauh. Aku bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana tidak pernah menjadi mangsa ragut. Baru aku sedar, rupa-rupanya antara faktor yang menyelamatkanku adalah kerana beg tanganku sentiasa tersembunyi di bawah tudung labuh. Cuba anda bertanya kawan-kawan anda yang menggalas beg tangan di bawah tudung labuh, pernahkah mereka menjadi mangsa ragut?
ftimah syarha dan farhan hadiMendekatkan Jodoh dengan Lelaki Soleh
Aku hairan melihat beberapa orang temanku yang mulanya bertudung labuh tapi akhirnya menukar penampilan kerana takut tidak dipinang. Aku hormati penampilannya selagi masih menutup aurat namun jika itu alasannya, dia mungkin tersilap. Aku yang tetap bertudung labuh ini juga akhirnya yang agak cepat menerima pinangan.
Suamiku mengakui antara faktor yang meyakinkannya pada agamaku saat memilih bunga untuk disunting adalah kerana nilai tudung labuhku. Wanita bertudung labuh lumrahnya hanya berani dirisik oleh lelaki yang mempunyai persiapan agama. Jika malas hidup beragama, mereka akan berfikir beribu kali untuk memiliki seorang suri yang bertudung labuh. Rasa tidak layak. Rasa perlu membaiki diri terlebih dahulu.
Pernah juga aku dan suami cuba memadankan beberapa orang temanku dengan lelaki-lelaki soleh yang kami kenali. Apabila biodata bertukar tangan, gadis bertudung labuh rupa-rupanya menjadi kriteria penting seorang lelaki soleh. Malang bagi temanku yang sebenarnya baik dan berbudi bahasa, namun kerana penampilannya itu melambatkan jodohnya.
Benar, kita tidak boleh menilai seseorang hanya melihat luarannya. Namun, realitinya, kadang kala masa terlalu singkat dan peluang tidak ada untuk kita mengkaji dalaman seseorang sehingga terpaksa menilainya hanya melalui luarannya. Contoh realiti, jika kita ingin membeli nasi lemak di gerai. Kelihatan penjual di gerai yang pertama ialah seorang makcik bertudung labuh. Penjual di gerai kedua pula seorang wanita tidak bertudung dan rambutnya menggerbang lepas. Mana yang kita pilih? Kenapa cepat membuat pilihan sebelum mengkaji dalaman kedua-duanya dahulu? Apa nilaian kita ketika itu? Fikir-fikirkan.
Hormatilah Selagi Masih Menutup Aurat
Ya! Ya! Ya! Kudengari suara-suara hatimu yang sedang berbisik, “Ramai saja yang bertudung labuh tapi tak baik.” “Tudung tak labuh pun masih tutup aurat.” “Don’t judge people by its cover.” Kuhormati semua kata-kata ini sepertimana kuhormati dirimu yang masih bertudung. Alhamdulillah. Aku cuma berkongsi secebis pengalaman dalam hidupku yang menyebabkan kurasakan tudung labuh terlalu istimewa. Buat adik-adik remaja yang pernah bertanya, akak harap adik menemui jawapannya

Saturday 15 September 2012

♥♥♥ SURAT DARIPADA FATHIMAH ♥♥♥



Suatu Petang Di Rumah Sewa...

Maria: Hei Fathimah, U x rimas ke pakai tudung and pakai baju yang longgar yang macam nie? 

Fathimah: Assalamualaikum Maria. Awak balik dari mana?

Maria: Waalaikummmusalam. Ikut Suka I nak balik dari mana. Mummy & Daddy I pun x sibuk. Fathimah, U jawablah pertanyaan I.

Fathimah: Maaf Maria sebab x jawab pertanyaan awak. Alhamdulilah, saya x berasa rimas memakai pakaian menutup aurat malahan saya rasa tenang dan selamat bila memakai pakaian macam ini. Maria nak tutup aurat ke?

Maria: Eh, Sorry. I don't want pakai pakaian macam U. Tak lawalah. U nie dari haritu asyik cakap pasal tutup aurat sahaja. Bosanlah. Lagipun pakaian U tue kolotlah. 

Fathimah: Maria, saya nasihat awak sbb saya sayangkan awak sebagai sahabat.
Lagipun, memang wajib menutup aurat. Saya x kisah pakaian saya nie kolot ke apa. yang penting tutup aurat. Maafkan saya andai bercakap kasar.

Maria: huhu.... U nie macam ustazah lah...

Fathimah: Maria, saya nie bukan ustazah. Tapi haraplah suatu saat nanti boleh jadi ustazah. Awak doakan ya. Kita sebagai manusia kena ikut perintah ALLAH SWT & Tinggalkan Larangan ALLAH. Ingat Ya Maria.

Maria: Oklah Fathimah. I nak rehat dulu. 

Fathimah: Erm... Baiklah Maria.

Selepas 1 Minggu, Maria dikhabarkan bahawa Fathimah telah pergi meninggalkan dunia dan fathimah meninggal dunia di kampung halamannya.
Adik Arwah Fathimah telah datang ke rumah sewa mereka dan memberikan sepucuk surat kepada Maria Daripada Arwah Fathimah.

Assalamualaikum Maria,
Mungkin semasa Maria membaca surat ini, Fathimah telah pergi meninggalkan dunia yang sementara ini. Terlebih dahulu, Fathimah ingin meminta maaf andai Fathimah menyakiti hati Maria dengan kata2 Fathimah. Maafkan Fathimah ya.
Fathimah menasihati Maria disebabkan Fathimah sangat menyayangi Maria...Walaupun kita hanya kenal selama 6 bulan namun Fathimah menggangap Maria seperti saudara Fathimah...Fathimah harap sangat Maria berubah ke arah lebih baik selepas ini ya! Janji pada Fathimah ya...Doakan Fathimah & jangan lupa sedekah Al-Fatihah kepada Fathimah andai Fathimah sudah x ada di dunia ini...Kata terahir ingin Fathimah pesan, tutuplah auratmu sebelum auratmu ditutupkan & Ikutilah perintah ALLAH SWT Dan Tinggalkanlah Larangan ALLAH SWT.

Yang Benar,
Fathimah...

Setelah membaca surat ini, Maria mula menitiskan air mata. Dia berazam pada dirinya mahu mengubah dirinya ke arah lebih baik & menjadi insan berguna di dunia dan di akhirat kelak. =)

P/S: Cerita Ini Hanya Rekaan Semata-Mata...
Andai Ada Terkata Silap, Harap DiMaafkan & DiTegur..

Saturday 28 July 2012


Bismillah…’
Terpacul kalimah agung dari bibir Nisa’ saat kaki mula melangkah keluar dari kereta kancil putih nya. Terkumat kamit mulutnya membaca surah-surah amalan. Antara surah yang dilaziminya ialah surah al-Insyirah. Surah yang sentiasa memotivasikan dirinya, memberi kekuatan buatnya saat bertemu kesukaran.
Dirapi tudung labuh dan jubahnya sebaik mungkin.  Beg tangannya digalas di sebelah kanan, manakala tangan kirinya memegang fail. Perlahan dia menutup pintu keretanya dan menekan butang  lock pada kunci keretanya.
Tak dinafikan, perasaan gementar menghantarnya pagi itu. Segera ditawarkan dengan zikir-zikir.
‘Bismillahitawakal tu’alallah..Hasbunalllaha wani’mal wakil..Rabbi yassir wala tu’asir ‘
4 tahun berhempas pulas di universiti , hari ni bermulalah langkahnya sebagai seorang guru. Azam tersemat kukuh di dadanya. Bukan sekadar guru biasa-biasa, tetapi dia ingin menjadi pendidik. Ya! Pendidik generasi.  Pendidik ummah.
Dengan penuh semangat dan motivasi yang tinggi Nisa’ melangkah ke pejabat sekolah untuk melapor diri. Seterusnya, Cikgu Rasyidah membawanya ke tapak perhimpunan sekolah. Seperti kebiasaannya, para guru dan pelajar akan berkumpul di dataran perhimpunan sekolah pada pagi Isnin untuk perhimpunan mingguan.
Pada perhimpunan tersebut, pengetua sekolah, Encik Rasyidi memperkenalkan beberapa orang guru baru, salah seorang nya ialah Nisa’. Nisa’ diberi amanah untuk mengajar subjek Bahasa Inggeris tingkatan 2, 4 dan 5. Berbekalkan ilmu yang ditimba nya sepanjang berada di bumi murabbi, iaitu tempat dia menimba ilmu selama 4 tahun di universiti,  Nisa’ yakin dia mampu menggalas amanah tersebut. Dia sedar, amanah bukan lah sesuatu yang ringan, tetapi berbekalkan keyakinan dan kebergantungan kepada Allah, Nisa’ menggagahkan jua dirinya.
********
                Hari-hari pertama di sekolah , adalah perkara yang agak janggal bagi Nisa’. Kalau sebelum ini, perjalanan hidupnya adalah sebagai seorang mahasiswa. Tetapi sekarang dia adalah pendidik generasi. Menggalas amanah sebagai guru Bahasa Inggeris di sekolah di kawasan kampung merupakan cabaran yang tidak kurang hebat baginya. Tapi setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah kerana guru-guru senior di sekolah tersebut sudi memberi tunjuk ajar kepadanya.
Nisa’  senang, kerana salah seorang ustazah, yang selesa dipanggil Kak Ana sering bersamanya. Kak Ana sentiasa memberi semangat dan motivasi buat Nisa’.  Kebetulan juga, mereka berjiran di kuarters guru yang disediakan.
Hari ni Nisa’ diminta untuk menggantikan kelas 3 Kenanga. Cikgu  Azim  terpaksa mengambil cuti kerana ada urusan keluarga. Itulah kali pertama Nisa’ menjejakkan kaki ke kelas tersebut.
“Semua bangun…Assalamualaikum ustazah…” Suara ketua kelas memberi salam.
“Wa’alaikumussalam..” Nisa’ hanya tersenyum.  Sudah lali dengan panggilan tersebut. Penampilannya yang berjubah dan bertudung labuh sering dianggap ustazah oleh orang yang tidak mengenalinya. Dia akur, ustazah itu sebenarnya  juga membawa maksud guru.
Bagi mengisi masa , Nisa’ berta’aruf dengan para pelajar kelas tersebut. Ada di antara pelajara yang tersengih apabila mengetahui bahawa Nisa’ sebenarnya merupakan guru Bahasa Inggeris, bukan lah guru agama. Nisa’ senang melayan kerenah pelajarnya. Sesetengah pelajar menggunakan peluang yang ada untuk bertanyakan soalan berkaitan mata pelajaran Bahasa Inggeris.
Kringggggggggggg.. kringggggg…
Loceng  yang menandakan waktu pembelajaran pada sesi tersebut telah tamat, dibunyikan. Nisa’ mengemas buku dan begnya. Beg tangan putih hadiah sahabat baiknya ketika di matrikulasi  setia bersamanya. Baginya pemberian itu cukup istimewa, kerana ia datang dari sahabat yang istimewa. Pelajar perempuan beratur untuk bersalam dengan Nisa’ sebelum dia keluar dari kelas tersebut.
Langkahnya di atur ke kelas 2 Mawar. Salah satu kelas yang dipegangnya. Setibanya di sana, kelas masih lagi kosong.
‘Mungkin mereka ke library..’ Bisik Nisa’ di dalam hatinya. Nisa’ masuk dan duduk di hadapan kelas, menunggu anak-anak muridnya.
Telefonnya berirama. Dilihat nama pemanggil di skrin telefonnya, lantas di jawab. Perbualan singkat cuma. Tak lama kemudian para pelajarnya masuk ke kelas.
“ Sorry  teacher. We’re late because  our previous class was at  library.”  Adam, ketua kelas menerangkan keadaan mereka.
“ It’s okay. I understand. Now, everyone, please submit your work that I gave yesterday. Monitor, please collect  all the books”. Nisa’ memberi arahan. Senyum di bibir tak lekang, membuatkan para pelajarnya senang dengan Nisa’ .Nisa’ menulis sesuatu di papan putih. Tajuk yang akan mereka pelajari pada hari tersebut.
Sesekali mengenangkan perjalanan hidupnya, Nisa’ tersenyum seorang diri. Mana tidaknya, tidak pernah pun terlintas di benak fikirannya untuk menjadi seorang guru Bahasa Inggeris. Bahkan itulah subjek yang paling tidak diminatinya sewaktu belajar di sekolah dulu. Tapi inilah perancangan Allah.
Saat menerima tawaran untuk menyambung pelajaran dalam bidang Pendidikan Bahasa Inggeris di peringkat ijazah sarjana muda, Nisa’ buntu. Hendak dilepaskan sayang, hendak diterima, itu bukan pilihan hatinya. Sedaya upaya, Nisa’ cuba berfikiran positif. Pujukan Allah melalui ayat cinta Nya, surah al-Baqarah, ayat 216  sedikit sebanyak mengajarnya untuk redha dengan rezeki Allah. Bahkan dia mendidik hatinya untuk bersyukur kerana berapa ramai lagi rakan seperjuangannya yang tidak berpeluang untuk mendapat peluang, menyambung belajar. Dalam masa yang sama, sahabat-sahabat sering mengingatkan bahawa pasti  terselit hikmah di sebalik ketetapan Allah tersebut.
Sekarang Nisa’ tersenyum lagi. Tak putus-putus kalimah pujian kepada Allah membasahi bibirnya. Hasratnya untuk menjadi seorang pendidik telah tercapai, meskipun bukan dalam bidang pilihan hatinya, namun dia masih berada di landasan yang sama. Apa jua bidangnya, Nisa’ sedar semuanya adalah ilmu Allah. Apa yang penting, peranannya untuk membawa manusia kepada Tuhannya. Masa depan anak bangsa itu yang penting baginya.
“ Teacher.. I don’t understand. What is mean by personification?” Soalan dari Adam membawanya ke alam nyata kembali.
Nisa’ beristighfar. Baru tersedar bahawa dia telah jauh terbang ke alam kampusnya dahulu. Nisa’ bangun dan berjalan ulang-alik ke belakang dan ke hadapan kelas sambil menerangkan dan menjawab soalan pelajarnya tadi. Sambil-sambil itu, Nisa’ memeriksa kerja para pelajarnya.
Sesi pembelajaran bersisa 15 minit lagi. Seperti kebiasaan, Nisa’ tidak hanya menjalankan tugasnya untuk mengajar, tetapi dia juga mendidik. Masa-masa terakhir sesi pengajaran dan pembelajaran akan digunakan oleh Nisa’  untuk mengaitkan nilai-nilai dan pengajaran dari novel dan short stories yang diajarnya dengan sirah kenabian dan para sahabat. Walaupun text yang diajarnya merupakan text dari barat, itu bukanlah penghalang untuknya bagi menerapkan nilai-nilai Islam di dalam sesi pengajarannya.
Islam itu cara hidup. Mana mungkin dapat diasingkan antara ilmu duniawi dengan agama. Apa yang penting, cara individu itu sendiri yang menjadikan setiap apa yang dikerjakannya seharian sebagai ibadah dan sentiasa selari dengan kehendak agama.
Nisa’ juga tidak lokek berkongsi doa-doa dan zikir amalan dengan pelajarnya agar setiap apa yang dipelajari mudah difahami dan kekal di ingatan.
“Students, listen here. I want you go back and find or search about sirah that related to our lesson today, which is about the value of determination. Make it in group of five and present it in class next week. Any question?”Nisa’ memberi tugasan kepada pelajarnya.
“ It is okay if I present about the determination of our prophet Muhammad p.b.h in spread the Islam?” Masyitah, inginkan kepastian.
“ Sure. Good idea. I wish all of you can do your best. Anything, you can come and see me. Well, I have something for those who show their effort for this task.” Nisa’ tersenyum, sambil memberi galakkan kepada para pelajarnya.
Para pelajar perempuan ingin bersalam dengannya, namun Nisa’ memberi isyarat supaya tidak perlu bersalam kerana, di luar kelas   Ustaz Hasbi sudah menanti, untuk sesi pengajaran yang seterusnya. Nisa’ tidak ingin mengambil masa ustaz tersebut.
“ Assalamualaikum..maaf ustaz, saya ambil masa ustaz.” Ujar Nisa’ saat bertembung dengan Ustaz Hasbi di luar kelas.
“ Waalaikumussalam w.b.t. It’s okay teacher. No big problem. Can I enter class and I go teaching first, teacher?. ” Balas Ustaz Hasbi sambil berseloroh.
Nisa’ maklum bahawa Ustaz Hasbi sahaja menggunakan broken English, bukan kerana dia tidak pandai berbahasa Inggeris, tetapi saja untuk menyakatnya. Nisa’ tersenyum sambil  berlalu menuju ke bilik guru.
*********
Pagi Nisa’ sentiasa bersemangat. Semangat paginya sentiasa disuntik dengan bayangan wajah-wajah anak didiknya yang sentiasa dahagakan ilmu dan didikan. Selesai membaca al-ma’thurat dan menghafal 2 ayat dari surah al-Hujurat pada pagi tersebut, Nisa’ menyidai telekung solatnya dan bersiap untuk ke sekolah. Disempatkan dirinya untuk menelefon buah hatinya, bonda tercinta untuk bertanya khabar sebelum melangkah mencari rezeki. Itulah prinsip hidupnya, keutamaannya adalah insan mulia itu. Sesibuk mana pun dirinya, ibu tetap mendapat tempat yang istimewa dalam diari hidupnya.
Hari ini di sekolah ada gotong-royong perdana. Nisa’ mengenakan jubah berseluar. Dipadankan dengan tudung labuh berwarna coklat tua. Tanpa secalit make-up , dia sudah tampil  berseri, kerana make-up nya hanya lah air wudu’ yang sentiasa dijaganya.
Nisa’ bersama-sama para pelajar kelas 2 Mawar membersihkan kawasan belakang kantin sekolah. Banyak meja dan kerusi yang telah rosak dilonggokkan di situ. Mereka menyusunnya ke tepi agar mudah untuk diangkut ke stor. Sampah sarap juga di kutip dan dimasukkan ke dalam plastik hitam. Selesai membersihkan kawasan tersebut, Nisa’ membawa pelajarnya ke kelas untuk membersihkan dan menceriakan lagi kelas tersebut.
Nisa’ kagum dengan sikap yang ditunjukkan para pelajarnya. Kerja yang banyak dapat disiapkan dalam masa yang singkat. Mereka tolong menolong dan bekerjasama. Nisa’ tidak menghampakan usaha para pelajarnya. Nisa’ telah menyediakan sedikit jamuan untuk mereka. Nisa’ memang suka menjamu orang lain dengan masakannya. Satu kepuasan baginya apabila melihat orang lain gembira.
********
“ Kak Ana, Nisa’ nak minta tolong sikit boleh?” Nisa’ memusingkan kerusinya ke arah meja Ustazah Rohana, yang bersebelahan dengan mejanya.
“Minta tolong apa? Insyaallah, kalau akak mampu, akak tolong.” Balas Ustazah Rohana lantas memberhentikan tarian jemarinya di atas keyboardkomputer. Senyuman dilemparkan kepada Nisa’, tanda bersedia membantu Nisa’. Itu juga merupakan salah satu sunnah baginda, memalingkan badan kepada orang yang sedang bercakap.
“ Kak..akak free tak petang ni? Nisa’ nak minta tolong akak semak hafalan Nisa’ boleh?”
“Insyaallah.. Boleh.Dengan senang hati adikku.. Datang lah rumah akak petang ni.”  Ustazah Rohana sentiasa berlapang dada dalam membantu sahabat-sahabatnya. Itu yang membuatkan Nisa’ kagum padanya.
“Terima kasih kak.. Sayang Kak Ana.. Jiddan jiddan..” Nisa’ sengaja memanjakan dirinya di hadapan Ustazah Rohana. Sikap keanak-anakkannya juga terkadang terserlah dalam dirinya. Namun bukan bereerti dia manja. Dalam kelembutannya ada ketegasan.
“ Dah habis surah al-Hujurat?”
“Alhamdulillah.. dah kak.. Akak, nanti petang nak pinjam si comel akak boleh? Eeee..geramnya si comel  Humaira’ akak tu..”
“Mana aci..Asyik pinjam baby akak je.. Bila pulak akak boleh pinjam babyNisa’?” Saja Ustazah Rohana mengusik Nisa’.
“Ehem..ehem.. Kak..Tiba-tiba saya rasa sakit tekak.. Saya pergi ambil air kejap  ye..” Nisa’ mencipta alasan untuk melepaskan diri.
“ Ye la.. Macam la akak tak tahu.. Akak ada kelas ni. Nanti datang la rumah petang ni ye.. Baby Humaira’ tunggu aunty Nisa’ tau..” Ustazah Rohana mengambil buku-buku pelajarnya dan berlalu ke kelas.
“Insyaallah kak..Panjang umur, ada rezeki, saya datang lepas Asar.” Nisa’ tersenyum simpul sambil memegang segelas air di tangan kanannya.
********
Seperti yang dijanjikan petang tersebut Nisa’ ke rumah Ustazah Rohana bagi menyemak hafalannya. Nisa’ membawa sedikit buah tangan. Karipap  dan kuih ketayap yang dibeli di gerai hadapan sekolah.  Ustazah Rohana sangat berbesar hati dengan kunjungan Nisa’ ke rumah nya. Di bawa Nisa’ ke ruang tamu bagi memperdengarkan hafalannya.
Hanya Ustazah Rohana dan dua puterinya ada di rumah. Suaminya masih belum pulang dari kerja dan putera sulungnya tinggal di asrama di Sekolah Menengah Agama  Imtiyaz.
Nisa’ mengalunkan ayat-ayat Allah yang dihafalnya dengan penuh tertib. Dijaga  makhraj huruf dan hukum-hukum  tajwid. Selesai menyemak hafalan Nisa’, Ustazah Rohana meminta Nisa’ untuk membaca tafsir ayat pula. Kemudian mereka saling berkongsi ilmu mengenai tafsiran tersebut.
Nisa’ senang, ada sahabat usrah seperti Ustazah Rohana. Itulah peluangnya untuk menambah ilmu di dada dan berkongsi pula dengan para pelajarnya kelak.
Nisa’  meriba puteri bongsu Ustazah Rohana. Anak ustazah yang kedua, berusia 5 tahun juga turut setia di samping Nisa’. Sifat keibuannya mencuit hati kanak-kanak untuk mudah mesra dengannya.
Ustazah Rohana keluar dari dapur sambil membawa dulang berisi air dan hidangan petang. Ustazah Rohana tersenyum melihat telatah Nisa’ melayan anak-anaknya.
“Nisa’, akak tanya sikit boleh? Tapi maaf la, soalan peribadi ye..?”

“ Akak, nak bagi Nisa’ sakit tekak lagi ke?” Nisa’ bergurau.
“Aik..macam tahu je.. Tapi takpela.. Sakit tekak sikit ye.. Untuk masa depan jugak” Ustazah Rohana tersenyum.
“Insyaallah kak.. Tanyalah, Nisa’ tak kisah”

“Emmm.. Nisa’ dah berpunya ke? Cantik cincin kat jari tu.”

“Alhamdulillah.. Nisa’ ni milik orang yang Nisa’ sayang. Cincin ni dari orang yang istimewa kak..Mak Nisa’ yang hadiahkan..” Nisa’ menahan gelak melihat reaksi Ustazah Rohana yang agak terkejut pada mulanya.
“Nisa’…” Ustazah Rohana mencubit peha Nisa’ yang kurang serius menjawab soalannya.
“ Ya Allah.. Betullah kak. Nisa’ ni kepunyaan mak dan ayah. Pinjaman dari Allah”. Nisa’ ketawa lagi.
“Tak la, maksud akak, dah dimiliki sang mujahid ke?”

“Sorry..sorry..Nisa’ saje je nak usik akak sebelum akak bagi soalan cepu cemas pada Nisa’.. Emmm.. Mujahid?..Sape la Nisa’ ni kak.. Mujahid mana la yang sudi..” Nisa’ senyum tawar. Air muka nya berubah mengingatkan kisah yang lepas. Tapi baginya biarlah yang lepas tu dijadikan pengajaran hidupnya.
“ Akak minta maaf dik. Tapi akak tanya ni sebagai seorang kakak kepada adik. Akak serius.” Ustazah Rohana mengambil Humaira’  yang mula merengek dari pangkuan Nisa’ .
“ Setakat ni, Nisa’ tak dimiliki mana-mana mujahid lagi kak. Mak kat kampung ada juga tanya soal ni. Tapi Nisa’ senyum je..”

“Kalau Nisa’ tak kisah, akak nak melamar Nisa’ untuk seseorang boleh?”

“Akak…” Nisa’ tertunduk malu. Mukanya terasa panas.
“Tak perlulah malu dengan akak. Insyaallah, akak ikhlas nak tolong adik akak yang solehah ni..”

“Astaghfirullah kak.. Jauhnya Nisa’ nak capai tahap tu. Tapi apa-apa pun terima kasih kak. Insyaallah, kalau masanya dah sampai, mak ayah redha, dan dia lah pilihan dari Allah, Nisa’ terima dengan penuh kerendahan hati”

“Alhamdulillah..Kalau itu kata Nisa’ Insyaallah, akak akan usahakan yang terbaik.”
Ustazah Rohana begitu sayang pada Nisa’. Meskipun baru mengenali  Nisa’, beliau menganggap Nisa’ seperti adiknya. Itulah indahnya ukhwah yang di dasari akidah. Saling mengasihi saudara seperti mengasihi diri sendiri.
*******
Seperti biasa,  pada hari Isnin kelas Nisa’ adalah sebelum kelas Ustaz Hasbi di kelas 2 Mawar. Pada hari tersebut, Nisa’ mengadakan ujian bulanan kepada pelajarnya dan mengambil masa sedikit bagi memungut kertas ujian pelajarnya.
Nisa’ tergesa-gesa mengemas barang-barangnya dan keluar dari kelas,kerana bimbang Ustaz Hasbi menunggu lama di luar kelas.
Sedang  Ustaz Hasbi mengajar, sebuah telefon bimbit yang sedia ada di atas meja di hadapan kelas berbunyi. Baru pelajarnya tersedar bahawa teachermereka tertinggal telefon di atas meja tersebut.
Ustaz Hasbi meminta Adam ke bilik guru untuk memulangkan telefon tersebut kepada Nisa’. Namun selepas mencari Nisa’ di bilik guru,  Adam diberitahu oleh Cikgu Hasyimah bahawa Nisa’ keluar, ada urusan di luar sekolah. Telefon tersebut kembali bertukar tangan kepada Ustaz Hasbi.
Ustaz  Hasbi ke bilik guru setelah sesi pengajarannya tamat bagi memulangkan telefon milik Nisa’. Namun Nisa’ tiada. Kemudiaan telefon bimbit milik Nisa’ berirama . Nombor yang tidak dikenali terpapar di skrin telefon.
“ Assalamualaikum..” Ustaz Hasbi menyambut panggilan.
“Waalaikumussalam. Maaf, boleh saya tahu, siapa ni?” Suara Nisa’ kedengaran di balik corong telefon.
“Ana Ustaz Hasbi.Ni  Teacher Nisa’ ke? Ana jumpa telefon anti kat kelas 2 Mawar tadi.”

“Ya saya. Alhamdulillah. Puas saya cari. Terlupa letak kat mana. Terima kasih ustaz. Ustaz kat mana ni?”

“Ana dah dalam perjalanan ke rumah ni. Macam ni, nanti lepas Asar kita jumpa depan kedai Kak Yam. Ana nak pulangkan telefon ni”

“Insyaallah..Lepas Asar. Terima kasih ustaz. Assalamualaikum.” Nisa’ menamatkan panggilan telefon.
“Wa’alaikumussalam w.b.t”. Ustaz Hasbi menyimpan telefon tersebut di dalam poketnya sambil memikirkan siapa yang akan menjadi temannya untuk bertemu Nisa’ pada petang tersebut. Ustaz Hasbi tersenyum. Gambaran anak saudaranya bermain di fikiran.
******
                                    Nisa’ memandu kancil putihnya menuju ke kedai Kak Yam, berhampiran pagar belakang sekolah. Satu-satunya kedai runcit di kawasan tersebut. Di situ juga merupakan tempat Nisa’ berbelanja barangan keperluan nya. Memang tidak sebesar pasar raya di bandar, tapi Nisa’ cukup bersyukur, kerana segala barang keperluan dapur dan peribadinya boleh di dapatkan di situ.
Sampai di hadapan kedai Kak Yam, Ustaz Hasbi keluar dari keretanya  kerana bimbang Nisa’ tidak nampak kalau dia menunggu di dalam kereta. Anak saudara perempuan nya turut sama berdiri di luar  kereta.
Dari jauh, Ustaz Hasbi melihat seorang perempuan berniqab berjalan ke arahnya. Ustaz Hasbi mengarahkan pandangannya ke arah lain. Perempuan tersebut semakin hampir kepadanya.
‘Siapa  pula ni ?’ Getus Ustaz Hasbi di dalam hatinya.
“Assalamualaikum ustaz. Maaf, ana lambat.”

“Waalaikumussalam wbt. Takpe, ana pun baru sampai. Teacher Nisa’ ke ni? Maaf ana tak perasan tadi” Ustaz Hasbi kelihatan sedikit terkejut apabila tahu perempuan berniqab yang menyapanya adalah Nisa’.
“Ya saya. Nisa’.” Nisa’ memang memakai niqab. Cuma di sekolah dia terpaksa menanggalkannya kerana itu antara  peraturan sekolah yang terpaksa di patuhinya.
“ Ni telefon anti. Tengok lah kalau-kalau ada yang rosak.” Ustaz Hasbi menghulurkan telefon tersebut kepada anak saudaranya untuk diserahkan kepada Nisa’.
“Insyaallah takde apa. Terima kasih banyak ustaz, tolong jagakan telefon saya ni.” Nisa’ menyambut telefon tersebut dan memasukkannya ke dalam beg tangannya.
“La syukran, ala wajib.. Kebetulan ana yang jumpa tadi. Ana ada minta Adam bagi pada anti, tapi dia kata anti takde kat bilik guru tadi.”

“ Oh ye ke.. ana minta maaf sekali lagi, susahkan ustaz.”

“Takde susah pun. Ana minta diri dulu ye.  Nak bawak anak saudara ana ke rumah kawannya.” Ustaz Hasbi minta diri sambil menyuruh anak saudaranya menyalami Nisa’.
“Baiklah. Assalamualaikum ustaz” Nisa’ juga turut beredar ke keretanya.
*******
 Nisa’ yang sedang asyik menanda buku-buku pelajarnya di bilik guru tersentak apabila telefon bimbitnya berirama. Panggilan dari Cikgu Hasyimah.
“ Assalamualaikum, Nisa’ kat mane ni? Datang ke kelas 1 Mawar sekejap ye. Ada pelajar pengsan”. Suara Cikgu Hasyimah cemas.
“Waalaikumussalam. Ya Allah..Pengsan? Baik kak. Nisa’ ke sana”. Segera di tamatkan panggilan tersebut dan Nisa’ bergegas ke blok yang bersebelahan dengan blok perpustakaan sekolah.
Sesampai di sana, Nisa’ terus mendapatkan pelajar perempuan tersebut. Cikgu Hasyimah memangku pelajar tersebut sambil mengibas-ngibas dengan kipas kertas.
“Aisyah..Aisyah…Bangun…Aisyah..” Nisa’ menepuk-nepuk perlahan pipi pelajarnya.
Para pelajar  lain diarahkan untuk ke tepi bagi memberi pengudaraan yang baik di kawasan tersebut. Pelajar lelaki semuanya berada di luar kelas.
Terkumat-kamit mulut Aisyah membaca surah-surah pilihan, sambil tangannya mengusap lembut kepala Aisyah. Hatinya juga tidak putus-putus berdoa agar pelajarnya itu selamat. Muka Aisyah kelihatan pucat sekali dan tangannya sejuk.
Cikgu Hasyimah merenjis-renjis air ke muka Aisyah, dengan harapan dapat menyedarkan pelajarnya. Namun, tiada tindak balas yang diberikan. Tanpa berlengah, Nisa’ dibantu Cikgu Hasyimah dan beberapa pelajar perempuan yang lain memangku Aisyah keluar kelas dan dibawa ke keretanya. Nasib baik, Aisyah pelajar yang kecil molek.
Nisa’ memandu keretanya ke hospital. Sepanjang perjalanan, Nisa’ tidak putus-putus berdoa. Hatinya cukup risau akan keadaan pelajarnya yang kelihatan begitu lemah. Cikgu Hasyimah tidak turut ke hospital kerana  mengawal pelajarnya yang lain di kelas.
Di hospital, kelihatan Nisa’ berjalan mundar-mandir sementara menunggu doktor keluar dari bilik kecemasan. Ibu bapa Aisyah juga sudah dimaklumkan tentang keadaan anak mereka. Mereka sedang dalam perjalanan menuju ke hospital.
“Maaf cik. Boleh saya tahu cik ni waris pesakit ke?”. Seorang doktor keluar dari bilik kecemasan.
“Saya cikgunya. Kenapa dengan pelajar saya doktor?”. Nisa’ risau.
“Alhamdulillah. Pelajar cikgu dah sedar. Insyaallah, tiada yang serius. Cuma beliau sedikit penat dan perutnya kosong, Insyaallah , tak perlu tinggal di wad. Nanti cikgu boleh ambil ubatnya di kaunter ye.” Doktor muda itu memberi penjelasan.
“Alhamdulillah.Terima kasih banyak doktor”.  Nisa’ kelihatan sedikit lega.
Nisa’  berjalan menuju ke arah pelajarnya yang berada di katil wad kecemasan. Nisa’ memimpin pelajarnya keluar dan menuju ke kaunter ubat. Sebelum pulang ke sekolah, Nisa’ membawa pelajarnya tersebut ke kantin hospital bagi membeli makanan untuk pelajarnya. Di sana juga Nisa’ bertemu dengan ibu bapa Aisyah.
Nisa’ senang dapat bertemu dengan ibu bapa Aisyah dan bertanyakan keadaan yang sebenar tentang Aisyah.Nisa’ begitu prihatin dan mengambil berat akan hal kebajikan para pelajarnya.
Aisyah merupakan pelajar yang datang dari keluarga yang kurang berkemampuan. Baru Nisa’ tahu di luar waktu sekolah, Aisyah terpaksa bekerja untuk membantu keluarganya. Ayah dan ibunya tidak memaksa, tetapi selaku anak sulung, Aisyah rasa bertanggungjawab untuk membantu dan bekerja sebagai tukang cuci di kedai makan.
Hati Nisa’ cukup tersentuh dengan kemuliaan hati pelajarnya tersebut. Sebagai seorang guru yang prihatin, Nisa’ membawa hal tersebut ke pihak atasan sekolah bagi membantu pelajarnya tersebut. Secara peribadinya juga, Nisa’ juga tidak lokek untuk membantu meringankan beban Aisyah agar pelajarnya itu dapat memberi perhatian yang baik dalam pelajaran.
*********
“ Kak, kenapa akak minta datang rumah akak petang Ahad nanti?” Nisa’ menyoal Ustazah Rohana yang tersenyum manis di sisinya.
Suprise…Bak kata Siti Nurhaliza, biarlah rahsia..” Ustazah Rohana tetap ingin berahsia.
“Alaaa.. Nak suprise suprise plak.. Ok ,takpe la kalau akak tak nak bagitau. Sabar tu indah kan kak.” Nisa’  juga tidak mahu mengalah. Saja ditunjukkan bahawa dia tidak kisah.
“Bagus.. Jangan lupa tau, petang Ahad nanti.Akak tunggu.” Ustazah Rohana seolah-olah memancing rasa ingin tahu Nisa’ lagi.
“Insyaallah kak..”
Nisa’ mengetatkan niqob nya yang sedikit longgar. Ditutup suis kipas di ruang tamu dan dicapai kunci rumah  yang berada di atas meja.
‘Bismillahitawwakal tu’alallah’
Nisa’ melangkah keluar dari rumahnya. Di tangan kanannya di bimbit plastik berisi buah epal dan oren, buah tangan untuk Ustazah Rohana sekeluarga.
Sampai di hadapan rumah Ustazah Rohana, Nisa’ memberi salam. Suami Ustazah Rohana, Ustaz Amin keluar membuka pintu pagar sambil mendukung puteri bongsunya.  Ustaz Amin menjemput Nisa’ masuk. Ustazah Rohana sibuk di dapur, menyediakan hidangan untuk tetamunya.
“Nisa’, jemput duduk dulu ye. Abang panggil Kak Ana.” Ustaz Amin meletakkan Humaira’ di atas tilam di ruang tamu dan berlalu ke dapur, memanggil isterinya.
“Takpela abang. Kalau Kak Ana ada kerja kat dapur, biarlah dulu. Susahkan Kak Ana je.” Nisa’  duduk di tepi tilam Humaira’ dan mengagah puteri pasangan ustaz dan ustazah tersebut.
“ Nisa’.. Alhamdulillah..Sampai pun.” Ustazah Rohana keluar dari dapur dan menyalami Nisa’ yang bersimpuh manis di lantai sambil memegang Humaira’.
“ Maaf, ganngu akak ke ni. Nisa’ datang nak tuntut suprise akak ni..” Nisa’  tersengih mengenakan Ustazah Rohana.
“ Tak ganggu pun, akak buat air kat dapur tadi.. Takpe ,abang dah ambik alih tugas kat dapur tu.” Ustazah Rohana menunding jarinya ke arah dapur, sambil tersenyum bangga dengan peribadi suaminya.
Begitulah kebiasaan Ustaz Amin. Sentiasa ringan tulang untuk membantu isterinya dalam menguruskan rumah tangga. Begitu keperibadian junjungan Nabi Muhammad s.a.w diusahakan untuk dicontohinya. Baginda sangat rajin membantu isteri-isterinya.
“Nisa’, sebenarnya bukan Nisa’ sorang je tetamu akak petang ni.” Nada suara Ustazah Rohana sedikit serius.
“Akak ada tetamu lain? Maaf la, Nisa’ datang salah waktu. Ganggu urusan akak.” Nisa’ kelihatan serba salah.
“Eh..Bukan macam tu maksud akak. Memang hajat akak jemput Nisa’ petang ni sebab nak temukan Nisa’ dengan tetamu akak tu nanti” Ustazah Rohana menjelaskan keadaan yang sebenar.
“Ya Allah. Ni betul-betul suprise ni.. Takut plak Nisa’ dengar.” Nisa’ membulatkan matanya.
“Insyaallah, tetamu akak tu manusia, bukan singa. Jangan takut. Insyaallah, dia pun dah dalam perjalanan. Sabar kejap ye. Sabar tu kan indah. Betul tak teacher?.” Ustazah Rohana mengusik Nisa’.
Sambil-sambil mereka berborak, terdengar seseorang memberi salam dari luar rumah. Sekali lagi Ustaz Amin keluar untuk mempersilakan tetamunya masuk.
“Jemput masuk Hasbi”. Ustazah Rohana bangun dan mempersilakan tetamunya masuk.
Nisa’ yang duduk membelakangi pintu utama, tersentak apabila mendengar sebaris nama tersebut keluar dari mulut Ustazah Rohana.
‘ya Allah. Ustaz Hasbi? Kak Ana nak kenalkan aku dengan Ustaz Hasbi? Bukan ke kami dah kenal?’ 
Macam-macam persoalan bermain dalam fikirannya. Tetiba badannya terasa sejuk. Namun segera di kawalnya. Nisa’ bangun bagi meraikan kedatangan Ustaz Hasbi. Humaira’ didukungnya.
“Jemput Hasbi, Nisa’ . Jom ke meja makan. Hidangan dah sejuk. Bukan senang nak rasa air tangan Abang Amin ni.” Ustazah Rohana bergurau sambil mengawal suasana yang senyap seketika. Ustazah Rohana seolah-olah dapat membaca riak wajah Nisa’ walaupun wajah jernih milik Nisa’ terselindung di sebalik sehelai kain.
“Terima kasih kak. Abang. Susah-susah je” Ustaz Hasbi bersuara sambil tangannya memimpin puteri kedua Ustazah Rohana yang kelihatan sangat manja dengannya menuju ke meja makan.
“Nisa’ , letak dulu Humaira’ atas tilam. Jom makan dulu.” Ustazah Rohana mengejutkan lamunan Nisa’.
Tanpa berlengah, Nisa’ hanya akur. Diletaknya Humaira’ di atas tilam dan menyuakan puting kosong ke mulut Humaira’. Humaira’ sememangnya anak yang baik. Tidak susah menjaganya.
Nisa’ mengusap ubun-ubun bayi tersebut dan bangun ke dapur bagi membantu Ustazah Rohana mengambil apa-apa yang tertinggal di dapur.
Di dapur, Nisa’ berbicara sesuatu dengan Ustazah Rohana.
“Kak..Kenapa akak tak cakap awal-awal. Pandai akak aturkan rancangan ye. Ya Allah, Nisa’ nak buat pe ni? Macam-macam rasa kat dalam ni.” Nisa’ meletakkan tangannya ke dada.
“ Insya-Allah, takde pe dik. Insyaallah, sama-sama kita doa ye moga-moga Allah mudahkan urusan kebaikan kalian berdua. Bukan apa, kita cuma nak taaruf. Akak tak memaksa untuk Nisa’ buat keputusan sekarang. Pilihan dan keputusan di tangan Nisa’ dan Hasbi. Lagi satu, terpulang pada Nisa’ nak buka niqob atau tak. Akak hormati pendirian Nisa’.’’
Ustazah Rohana mengusap-usap belakang Nisa’, memahami gementar Nisa’ saat itu. Ukiran senyuman tak putus-putus bagi menyejukkan hati Nisa’
********
 Sebenarnya, pertemuan pada petang itu sudah diketahui Ustaz Hasbi. Cuma Nisa’ sahaja yang tidak tahu menahu mengenai hal  tersebut. Ustaz Hasbi juga merupakan rakan usrah Ustaz Amin. Sudah lama diutarakan hajatnya untuk mendirikan masjid kepada Ustaz Amin, dan meminta tolong untuk mencarikan calon yang sesuai buatnya.
Ustaz Amin juga meminta Ustazah Rohana memainkan peranannya untuk membantu Ustaz Hasbi yang sudah dianggap sebagai adiknya itu. Bagi Ustazah Rohana, Nisa’  merupakan calon yang sesuai untuk  Ustaz Hasbi.
Ustaz Hasbi hanya setahun lebih tua dari Nisa’. Nisa’ kini berusia 23 tahun. Mereka berdua sama-sama padan. Masing-masing sangat istiqamah dalam perjuangan membantu gerak kerja agama.
Pertemuan pada petang tersebut bukan lah pertemuan yang terakhir. Di atas persetujuan kedua-dua belah pihak, pertemuan antara dua keluarga di atur. Semuanya diatur dan di uruskan oleh Ustaz Amin dan Ustazah Rohana.
Nisa’ dan Ustaz Hasbi tidak henti-henti meletakkan harapan dan kebergantungan pada Allah melalui solat sunat istiqarah. Malam-malam mereka dihidupkan dengan titisan air mata dan sujud panjang dalam tahajud. Pada Allah lah diserahkan urusan mereka. Urusan membina sebuah rumah tangga bukanlah satu perkara yang main-main. Hal ini sangat berkait rapat dengan akhirat mereka. Musyawarah dan perbincangan tetap diteruskan sehinggalah kata putus dicapai.
*******
Seminggu lagi merupakan peperiksaan percubaan untuk pelajar tingkatan 5 yang bakal menduduki peperiksaan SPM pada hujung tahun tersebut. Nisa’ dan guru-guru lain sudah pastinya antara orang yang sibuk membuat persiapan untuk anak didik mereka.
Siang malam kelas tambahan diadakan untuk membantu para pelajar meningkatkan pencapaian mereka dalam peperiksaan. Tidak cukup dengan itu, program-program kerohanian turut dijalankan. Setiap pagi, para pelajar akan berkumpul di surau sekolah untuk membaca surah Yassin secara berjemaah. Pada setiap malam Jumaat juga, pihak sekolah mengadakan majlis solat hajat.
Nisa’ banyak mengorbankan masanya untuk membuat kelas tambahan bersama pelajarnya. Pada hujung minggu, Nisa’ mempelawa para pelajarnya yang kurang cemerlang dalam pelajaran untuk ke rumahnya. Nisa’ memberi kelas tambahan secara percuma kepada mereka. Nisa’ banyak menekankan bahagian essay dan Grammar.
Dalam kesibukan menghadapi pelajarnya, Nisa’ juga tidak lepas tangan untuk menguruskan urusan perkahwinan nya nanti. Tarikh pernikahan telah ditetapkan sewaktu majlis pertunangan dua bulan yang lepas.  Ustaz Hasbi meminta agar dilangsungkan majlis akad nikah dan walimah mereka pada cuti sekolah yang akan datang. Bermakna hanya tinggal 7 minggu sahaja lagi.
Nisa’ berasa sangat bersyukur kerana Ustazah Rohana banyak membantunya dalam membuat persiapan. Segalanya juga mudah diuruskan kerana Ustaz Hasbi dan Nisa’ bekerja di bawa satu bumbung. Mudah bagi mereka berurusan dengan bantuan Ustazah Rohana dan Ustaz Amin.
******
Hari ini merupakan hari terakhir peperiksaan SPM berlangsung. Ini juga bermakna hari bersejarah buat Nisa’ dan Ustaz Hasbi semakin hampir. Selepas selesai urusannya di sekolah pada petang tersebut, Nisa’ terus memandu keretanya ke kampung. Ustazah Rohana berjanji untuk ke kampung Nisa’ bersama dengan rombongan pihak lelaki nanti.
Petang Jumaat yang penuh keberkatan itu menyaksikan penyatuan dua insan yang mengikat cinta mereka di jalan Allah. Dengan sekali lafaz, kini sudah sah Solehatul Nisa’binti Ahmad menjadi suri hidup kepada Muhammad Hasbi bin Usman.
Majlis mereka sederhana. Ustaz Hasbi mengenaka jubah dan berkopiah putih. Begitu juga Nisa’. Berseri dalam busana pengantin muslimah. Bertudung labuh putih dari jenis kain satin. Jubah putihnya dihias manik-manik halus dan sedikit labuci di kaki lengan. Mahkota kecil tersemat kemas di kepala, di alas denganveil  labuh bewarna krim. Niqob butterfly menjadi pilhan hati untuk dikenakan pada hari istimewa tersebut.
Hadirin yang datang saling mendoakan untuk pasangan pengantin. Ramai rakan-rakan guru dan anak murid mereka yang hadir. Masing-masing bersyukur melihat  2 insan yang hatinya terikat pada jalan dakwah akhirnya bersatu.
Kedua mempelai mendirikan solat sunat pengantin di bahagian hadapan masjid. Tak putus-putus pujian kesyukuran dipanjatkan kepada Allah. Sebelum menyarunkan cincin di jari manis , Ustaz Hasbi menyeka mutiara jernih yang tak henti-henti mengalir di pipi isteri tercinta. Sudah basah kain niqob Nisa’ dek air mata kesyukurannya.
Dibisikkan sesuatu di sisi isterinya yang membuatkan Nisa’ mengukirkan senyuman yang cukup manis di balik niqob nya.
“Tak sangka ya teacher, sebelum ni asyik curi masa mengajar saya di kelas 2 Mawar, sekarang teacher dah curi hati saya pulak ye..” Ustaz Hasbi mengusik isterinya. Nisa’ hanya tertunduk malu.
Hati mereka berdoa agar perjuangan mereka terus istiqamah dan dapat saling menguatkan antara satu sama lain dalam menuju redha Allah. Moga bahtera yang di bina mampu di bawa ke syurga Allah.